ASSALAMMUALAIKUM WBKT
Ahlan Wasahlan
Welcome To Our Taski Blog



Gratisan Musik



web stats


widget

Monday, May 20, 2013

SAMBUTAN HARI GURU DAN HARI KECERGASAN ANAK-ANAK TASKI AL-SUMAYYAH

Pihak Taski akan mengadakan Program Hari Guru dan Hari Kecergasan Anak-anak Taski pada ketetapan berikut:-

Tarikh       :      22 Mei 2013
Hari           :      Rabu
Tempat      :     Di Perkarangan Taski
Masa          :     Dari Jam 8.00 am hingga ke 1.00 pm

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat menghargai jasa guru di hati anak-anak taski dengan menghargai pengorbanan mereka dalam mendidik anak taski dan program kecergasan  diadakan untuk menyemai semangat kesukanan dikalangan anak-anak taski dan bersosial dikalangan mereka dengan suasana terkawal dan ceria luar dari lingkungan kelas  masing-masing.  

TASKI


TASKI adalah akronim kepada Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam, merupakan sebuah program pendidikan peringkat pra-sekolah anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Ianya merupakan salah satu agenda dalam perjuangan ABIM di bidang pendidikan dan mula ditubuhkan sejak tahun 1979 dengan penubuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI) pertama  di negeri Kedah di bawah pimpinan Allahyarham Ustaz Niamat Yusoff. Pada masa yang sama, penubuhan TASKI di Melaka dan Selangor diwujudkan  dan ia terus berkembang di seluruh Negara pada tahun-tahun berikutnya sehingga ke hari ini.
 
Dalam draf Kurikulum TASKI yang pertama, ia mencatatkan agenda untuk;

1.    Menyediakan wadah pendidikan awal dengan kaedah pendidikan berorientasikan Islam
2.    Menanam dan membina asas tawhid dalam diri dan kehidupan kanak-kanak.
3.    Membina akhlaq Islam yang tulen supaya menjiwai peribadi mulia Rasullullah S.A.W
4.    Menyediakan rangsangan yang bercorak Islamiah, sesuai dengan perkembangan intelek, rohani dan jasmani kanak-kanak.
5.    Mengenali kehidupan Islam yang sesuai dengan peringkat umur dan kematangan mereka.
6.    Memberi pendidikan asas mengenai kemahiran berkomunikasi dalam kehidupan seharian. 

Sesuai dengan perkembangan dan kepesatan penubuhan TASKI ABIM, sebuah Jawatankuasa Tetap Kurikulum TASKI telah ditubuhkan di bawah Biro Pendidikan ABIM Pusat pada tahun 1981. Jawatankuasa Tetap yang diketuai oleh Dr Mohd Nur Manuty berperanan untuk menyusun dan menggubal Kurikulum Pendidikan Bersepadu Peringkat Pra-Sekolah iaitu kurikulum yang menggabungkan ilmu dan nilai-nilai Islam dengan pengetahuan dan kemahiran duniawi.

Kurikulum Bersepadu ini telah dilancarkan di peringkat Kebangsaan pada tahun 1982 dalam Muktamar Sanawi ABIM di Kolej Islam Kelang. Sewaktu pelancarannya, ia dikenali sebagai Kurikulum Pendidikan Islam Peringkat Pra-Sekolah yang pertama pernah diperkenalkan dan ianya meliputi perkara-perkara berikut; 

1.    Rasional mengapa Pendidikan Islam Pra-Sekolah perlu dilaksanakan.
2.    Tujuan
3.    Objektif Pendidikan TASKI
4.    Sukatan Pelajaran
5.    Kaedah Pelaksanaan
6.    Penilaian dan Pengukuran 
 
Dalam menyediakan kurikulum pendidikan yang lengkap dan mempunyai ruh Islam, Kurikulum TASKI dibina berasaskan sumber utama iaitu Al-Quran dan As-Sunnah – dengan merujuk kepada falsafah pendidikan Islam, sementara teori-teori  pendidikan barat dan kajian empirikal dirujuk dan dimanfaatkan sebagai sumber pelengkap selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran dan nilai-nilai Islam.

Kurikulum Taski dibina berasaskan hadaf berikut;

1.    Tuntutan Islam terhadap pendidikan dan kepentingannya dari aspek rohaniyyah, aqliyyah (intelektual) dan jasmaniyyah.

2.    Maklumat tentang tingkat perkembangan pelajar, keperluan dan minat semulajadi (fitrah)

3.    Ciri-ciri dan jenis pembelajaran hasil dari penelitian matapelajaran yang disediakan

4.    Keadaan sosial dan masalah pelajar 

Kandungan matapelajaran TASKI dibahagikan kepada 6 komponen utama iaitu;

1.    Al-Quran – merangkumi subjek Tilawah, Hafazan dan Bahasa Al-Quran.
2.    Fardhu Ain – merangkumi subjek Adab, Ibadah, Aqidah dan Sirah Rasulullah S.A.W.
3.    Kemahiran Bahasa – merangkumi Bahasa Arab, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
4.    Asas Matematik.
5.    Asas Sains – merangkumi asas mengenal diri, riadah, kesihatan dan alam.
6.    Asas Perkembangan Seni . 

Pendidikan adalah suatu usaha yang dinamik dan memerlukan penelitian semula dari semasa ke semasa mengikut keperluan dan tuntutan zaman. Sejak awal pembentukannya, kurikulum TASKI telah beberapa kali menjalani proses semakan dan beberapa perubahan telah dilakukan mengikut elemen-elemen semasa. Walaupun pada hari ini TASKI ABIM menggunakan kurikulum Pra –Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, tetapi kurikulum TASKI yang ada terus digunakan sebagai kurikulum tambahan untuk membolehkan institusi ini kekal sebagai wadah pendidikan Islam di peringkat pra-sekolah.