Pendaftaran untuk kemasukan ke Taski Al Sumayyah telah dibuka kepada ibubapa yang berminat untuk mengetahui dan mendapatkan keterangan lanjut bolehlah datang terus ke taski ataupun hubungi no. telefon seperti diiklan untuk buat temujanji.
Tuesday, November 12, 2013
Friday, August 30, 2013
ANAK -ANAK TASKI AL SUMAYYAH MENYERTAI PERTANDINGAN MEWARNA
Seramai 10 orang anak-anak Taski Al Sumayyah yang berumur 5 dan 6 tahun telah menyertai pertandingan mewarna anjuran Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor dalam Program Sehari Bersama JPS Selangor pada 28 Ogos 2013 yang lalu.
Friday, August 2, 2013
Assalammualaikum wbkt.
Pengurusan Taski Al -Sumayyah dan Guru-guru ingin mengucapkan "SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA IDUL FITRI" kepada semua ibu bapa serta anak-anak taski dengan ucapan MAAF ZAHIR DAN BATIN . Kepada Semua yang tentunya akan berhari raya di kampung halaman diucapkan "Pandulah dengan Cermat dan Semoga Selamat Sampai ke Kampung Halaman Dengan Selamat"
Juga dimaklumkan bahawa Taski Akan di tutup mulai hari Isnin 5 Ogos 2013 hingga 18 Ogos 2013 dan akan dibuka semula pada 19 Ogos 2013.
Sekian Terima kasih...
Thursday, July 11, 2013
Assalammualaikum wbkt
AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN
Kami warga TASKI AL-SUMAYYAH mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN kepada semua ibu bapa anak-anak taski . Marilah kita berlumba-lumba mencari apa yang telah dijanjikan oleh allah dibulan yang mulia dan penuh rahmat ini.Assalamua'alaikum WrWb
Bulan suci Ramadhan sudah di depan mata, bulan yang penuh keberkahan,
bulan yang penuh dengan ampunan.
perlu kesiapan mental yang matang dan kejernihan hati tuk menyambutnya..
sudilah kiranya, membuka pintu hati tuk menerima ucapan kami..
" MINAL AIDIN WAL FA IDZIN, MOHON MAAF LAHIR& BATHIN "
Semoga, kita di beri kekuatan dan keringan dalam menjalankan ibadah
Assalamua'alaikum WrWb
Bulan suci Ramadhan sudah di depan mata, bulan yang penuh keberkahan,
bulan yang penuh dengan ampunan.
perlu kesiapan mental yang matang dan kejernihan hati tuk menyambutnya..
sudilah kiranya, membuka pintu hati tuk menerima ucapan kami..
" MINAL AIDIN WAL FA IDZIN, MOHON MAAF LAHIR& BATHIN "
Semoga, kita di beri kekuatan dan keringan dalam menjalankan ibadah
Wednesday, July 3, 2013
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KOMPLEKS TAMAN SENI ISLAM SELANGOR
Assalammualaikum...wbkt.
Dimaklumkan bahawa TASKI BESTARI AL-SUMAYYAH akan mengadakan lawatan sambil belajar ke Kompleks Taman Seni Islam Selangor Di Seksyen 10, Shah Alam pada ketetapan seperti berikut:-
Tarikh : 4 Julai 2013 ( Khamis )
Tempat : Taman Seni Islam
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari.
Penyertaan : Seramai 20 orang anak-anak taski di iringi oleh 3 orang guru taski dan 3 guru pelatih
Tentatif Lawatan
9.00 pagi - Berkumpul di taski untuk bergerak ke masjid negeri
9.15 pagi - Dijangka tiba dimasjid negeri
- anak-anak taski di ajar mengambil wuduk dan dibawa ke ruang solat bawah untuk
melakukan solat tahyatul masjid dan solat dhuha serta diterangkan adab-adab ketika
berada di masjid. Seterus anak-anak di bawa melawat disekitar masjid.
10.00 pagi - Bergerak ke Kompleks Taman Seni Islam Selangor untuk lawatan ke Festival Warisan
Rasul Dan Anbiyak.
11.30pagi - Anak-anak akan dibawa beriadah sambil makan dan minum di Taman Tasik Shah Alam.
12.30 Tengahari - Kembali semula ke Taski.
-sekian wassalam-
Monday, May 20, 2013
SAMBUTAN HARI GURU DAN HARI KECERGASAN ANAK-ANAK TASKI AL-SUMAYYAH
Pihak Taski akan mengadakan Program Hari Guru dan Hari Kecergasan Anak-anak Taski pada ketetapan berikut:-
Tarikh : 22 Mei 2013
Hari : Rabu
Tempat : Di Perkarangan Taski
Masa : Dari Jam 8.00 am hingga ke 1.00 pm
Tarikh : 22 Mei 2013
Hari : Rabu
Tempat : Di Perkarangan Taski
Masa : Dari Jam 8.00 am hingga ke 1.00 pm
Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat menghargai jasa guru di hati anak-anak taski dengan menghargai pengorbanan mereka dalam mendidik anak taski dan program kecergasan diadakan untuk menyemai semangat kesukanan dikalangan anak-anak taski dan bersosial dikalangan mereka dengan suasana terkawal dan ceria luar dari lingkungan kelas masing-masing.
TASKI
TASKI adalah akronim kepada Taman
Asuhan Kanak-Kanak Islam, merupakan sebuah program pendidikan peringkat
pra-sekolah anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Ianya merupakan salah
satu agenda dalam perjuangan ABIM di bidang pendidikan dan mula ditubuhkan
sejak tahun 1979 dengan penubuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI)
pertama di negeri Kedah di bawah
pimpinan Allahyarham Ustaz Niamat Yusoff. Pada masa yang sama, penubuhan TASKI
di Melaka dan Selangor diwujudkan dan ia
terus berkembang di seluruh Negara pada tahun-tahun berikutnya sehingga ke hari
ini.
Dalam draf Kurikulum TASKI
yang pertama, ia mencatatkan agenda untuk;
1. Menyediakan
wadah pendidikan awal dengan kaedah pendidikan berorientasikan Islam
2. Menanam
dan membina asas tawhid dalam diri dan kehidupan kanak-kanak.
3. Membina
akhlaq Islam yang tulen supaya menjiwai peribadi mulia Rasullullah S.A.W
4. Menyediakan
rangsangan yang bercorak Islamiah, sesuai dengan perkembangan intelek, rohani
dan jasmani kanak-kanak.
5. Mengenali
kehidupan Islam yang sesuai dengan peringkat umur dan kematangan mereka.
6. Memberi
pendidikan asas mengenai kemahiran berkomunikasi dalam kehidupan seharian.
Sesuai dengan
perkembangan dan kepesatan penubuhan TASKI ABIM, sebuah Jawatankuasa Tetap
Kurikulum TASKI telah ditubuhkan di bawah Biro Pendidikan ABIM Pusat pada tahun
1981. Jawatankuasa Tetap yang diketuai oleh Dr Mohd Nur Manuty berperanan untuk
menyusun dan menggubal Kurikulum Pendidikan Bersepadu Peringkat Pra-Sekolah
iaitu kurikulum yang menggabungkan ilmu dan nilai-nilai Islam dengan
pengetahuan dan kemahiran duniawi.
Kurikulum Bersepadu ini
telah dilancarkan di peringkat Kebangsaan pada tahun 1982 dalam Muktamar Sanawi
ABIM di Kolej Islam Kelang. Sewaktu pelancarannya, ia dikenali sebagai
Kurikulum Pendidikan Islam Peringkat Pra-Sekolah yang pertama pernah
diperkenalkan dan ianya meliputi perkara-perkara berikut;
1. Rasional
mengapa Pendidikan Islam Pra-Sekolah perlu dilaksanakan.
2. Tujuan
3. Objektif
Pendidikan TASKI
4. Sukatan
Pelajaran
5. Kaedah
Pelaksanaan
6. Penilaian
dan Pengukuran
Dalam menyediakan kurikulum
pendidikan yang lengkap dan mempunyai ruh Islam, Kurikulum TASKI dibina
berasaskan sumber utama iaitu Al-Quran dan As-Sunnah – dengan merujuk kepada
falsafah pendidikan Islam, sementara teori-teori pendidikan barat dan kajian empirikal dirujuk
dan dimanfaatkan sebagai sumber pelengkap selagi ia tidak bertentangan dengan
ajaran dan nilai-nilai Islam.
Kurikulum Taski dibina
berasaskan hadaf berikut;
1. Tuntutan
Islam terhadap pendidikan dan kepentingannya dari aspek rohaniyyah, aqliyyah
(intelektual) dan jasmaniyyah.
2. Maklumat tentang tingkat perkembangan pelajar, keperluan dan minat
semulajadi (fitrah)
3. Ciri-ciri
dan jenis pembelajaran hasil dari penelitian matapelajaran yang disediakan
4. Keadaan
sosial dan masalah pelajar
Kandungan matapelajaran
TASKI dibahagikan kepada 6 komponen utama iaitu;
1. Al-Quran
– merangkumi subjek Tilawah, Hafazan dan Bahasa Al-Quran.
2. Fardhu
Ain – merangkumi subjek Adab, Ibadah, Aqidah dan Sirah Rasulullah S.A.W.
3. Kemahiran
Bahasa – merangkumi Bahasa Arab, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
4. Asas
Matematik.
5. Asas
Sains – merangkumi asas mengenal diri, riadah, kesihatan dan alam.
6. Asas
Perkembangan Seni .
Pendidikan adalah suatu usaha yang
dinamik dan memerlukan penelitian semula dari semasa ke semasa mengikut
keperluan dan tuntutan zaman. Sejak awal pembentukannya, kurikulum TASKI telah
beberapa kali menjalani proses semakan dan beberapa perubahan telah dilakukan
mengikut elemen-elemen semasa. Walaupun pada hari ini TASKI ABIM menggunakan
kurikulum Pra –Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia, tetapi kurikulum TASKI
yang ada terus digunakan sebagai kurikulum tambahan untuk membolehkan institusi
ini kekal sebagai wadah pendidikan Islam di peringkat pra-sekolah.
Friday, March 1, 2013
PENGENALAN YAYASAN TAKMIR-TASKI
Yayasan Takmir Pendidikan adalah sebuah agensi di bawah Majlis Pendidikan Tertinggi Al-Hikmah. Ia ditubuhkan pada tahun 2001 sebagai badan untuk merancang, memantau, mengurus dan menyelaras semua institusi pendidikan Al-Hikmah yang terdiri daripada TASKI, TAHFIZ, SERI dan SEMI.
Untuk memberi keutamaan, fokus dan pembangunan kepada TASKI, maka lahirlah sebuah unit Yayasan Takmir-TASKI yang diamanahkan untuk memperkasakan pendidikan TASKI yang mula beroperasi pada 11 MEI 2010
Bertempat No. 17A, Jalan 7/1B, Seksyen 7, 43650 Bandar Baru Bangi. Unit ini dianggotai oleh Hj. Baharuddin bin Ibrahim sebagai Pengarah TASKI Kebangsaan dan Khairani bt Thanin sebagai Pegawai Eksekutif. Disusuli oleh Hirdawati bt Ahmad (Pegawai Eksekutif).
VISI
Institusi pendidikan yang Unik, Cemerlang dan Terbilang.
MISI
i) Menyediakan pendidikan bersepadu di peringkat asas, rendah dan menengah.
ii) Melaksanakan tarbiyah yang lengkap dan seimbang di antara jasmani, aqli dan rohani.
iii) Membina generasi yang bertaqwa, berketrampilan, relevan dan komited.
FALSAFAH
Falsafah Pendidikan ABIM adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, berketerampilan, bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah yang boleh memberi sumbangan kepada negara, masyarakat dan ummah seluruhnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)